Assalamualaikum...Bismillahirahmanirahim...Pembuka Bicara

Semoga hati aku kukuh dan teguh dgn keimanan padaMu ya Allah.....bersihkanlah hatiku agar menjadi suci kerana hanya hati yg baik....aku mampu menjadi HambaMu yg baik

Wednesday 29 February 2012

Poligami Yang Indah....

Isteri yang baik dalam monogami belum tentu baik. Isteri yang baik dalam poligami ialah isteri yang telah terbukti kebaikannya. Isteri yang sayangkan suaminya dalam monogami mungkin sayangkan suaminya kerana suaminya. Tetapi isteri yang sayangkan suaminya dalam poligami menyayangi suaminya kerana Allah SWT. Poligami ialah pembongkar segala sifat-sifat mazmumah para isteri. Semasa bermadu, akan timbul sifat tidak redha, tidak sabar, tidak bertolak ansur, derhaka kepada suami, maki hamun, hasad dengki, tamak haloba, rebut harta, mengamuk dan lain-lain yang kita sangka tidak ada semasa sebelum berpoligami. Dalam mendidik isteri yang ramai dan supaya mereka lebih mudah menerima didikan kita, kita perlu jadi contoh dan kita perlu serius dengan Tuhan dan hukum-hakam agama. Barulah kita ada wibawa dan isteri-isteri kita mudah patuh dan akur akan kepimpinan kita kerana kita sama-sama ingin menuju kepada keredhaan Tuhan. Tidak ada ruang dalam poligami bagi suami yang ingkar dengan perintah Tuhan dan yang meringankan agama kerana tidak ada isteri yang akan hormat dan akan memberi ketaatan kepadanya.Disiplin perlu dalam berpoligami. Begitu juga cara hidup yang berperaturan dan berjadual. Poligami mendidik kita supaya berdisiplin dan berperaturan. Juga dalam menghadapi masalah dan tanggungjawab berpoligami yang lebih berat, suami akan banyak meminta tolong dan bergantung harap dengan Tuhan. Inilah satu sifat yang Allah sangat suka. Hati suami akan banyak mengadu, meminta bantuan dan merintih dengan Tuhan. Suami akan banyak mengingat Tuhan. Perkara ini juga berlaku kepada para isteri.Dalam hendak memujuk-mujuk hati dan mendidik perasaan, isteri akan juga banyak mengadu dan merintih dengan Tuhan.Berbahagialah para suami dan isteri yang hati mereka sentiasa bersama Tuhan.

No comments:

Post a Comment