Assalamualaikum...Bismillahirahmanirahim...Pembuka Bicara

Semoga hati aku kukuh dan teguh dgn keimanan padaMu ya Allah.....bersihkanlah hatiku agar menjadi suci kerana hanya hati yg baik....aku mampu menjadi HambaMu yg baik

Sunday 25 March 2012

Isteri kedua atau isteri kelas kedua?

penerangan dari seorang yang berpengalaman... Status Isteri kedua? Sebenarnya isteri kedua ialah harus difahami terbahagi kepada 2 konsep yang berbeza, iaitu: 1. Status isteri yang menjadi kelas kedua bagi suami. 2. Status isteri yang dikahwini kali kedua. Bahawa keadaan ini adalah berbeza. Diantara perkara nikahi kali kedua oleh seseorang lelaki, tidak bermakna bahawa isteri keduanya adalah berstatus kelas kedua berbanding isteri nombor satu, kerana pengkelasan ini hanya wujud oleh suatu perasaan ataupun kecenderongan seseorang lelaki terhadap mana-mana isterinya. Isteri pertama boleh jadi juga akan berstatus kelas kedua berbanding isteri kedua yang mana situasi ini bukannya sedikit, malah ianya lebih banyak berbanding dengan isteri kedua Disuatu aspek biasanya isteri kedua sememangnya sering menjadi isteri kelas pertama kiranya: Isteri kedua tersebut mampu untuk menggoda hati suami dari segi teknik-tekniknya (yang halal), budi pekertinya, pergaulannya, menyejukkan hati suaminya, pandai memikat suami. Ketahuilah bahawa seorang suami itu mempunyai hati yang sensitif atau 'manja' yang sebenarnya memerlukan kepekaan seseorang isteri untuk memanipulasikan perkara tersebut. Namun kecenderungan yang mempunyai unsur biasanya akan mengubah seseorang lelaki iaitu; 1. Mungkin dipengaruhi oleh kasih sayangnya kepada anak-anak yang berada bersama isteri pertama. 2. Mungkin dipengaruhi oleh hartanya yang ada bersama isteri pertamanya. atau habitat lamanya (tempat tinggalnya yang asal). Yakni tidak semestinya dia lebih mencintai isteri pertama berbanding isteri kedua. Isteri kedua juga adalah insan 'baru' , tempat baru, habitat baru yang wujud didalam hidup seseorang lelaki, yang mana isteri kedua harus memahaminya kerana ia akan melibatkan jangkamasa yang lama (sekurang-kurangnya 2tahun) untuk menjadikan suasana kewujudan isteri 1 dan isteri 2 adalah sama. Jadi bersabarlah didalam tempoh ini. Oleh itu biasanya jika pasangan dapat pertahankan atau bersabar sehingga tempoh tersebut, biasanya mereka tidak akan menjadi masalah. Ingat, Seorang lelaki telah mempertaruhkan kisah silamnya, isterinya, anaknya serta hartanya dengan nekad mengahwini isteri kedua. Manakala jika isteri kedua tersebut seakan-akan tidak menghargainya (dengan mendatangkan masalah dan kebingungan kepadanya, maka inilah yang menjadi masalah kepada isteri kedua, yang akan dianggap isteri kelas B. Padahal sepatutnya tiada kelas atau beza di antara isteri 1 dengan 2. Yang mana masing-masing mempunyai kelebihan. Cuma tingkahlaku isteri yang diukur oleh suami yang menjadikan seseorang isteri adalah kelas kedua. atau isteri kedua dihatinya. Kelebihan Isteri: Isteri Pertama: Mempunyai banyak kisah silam, anak, harta suami disitu, jiran dan kawan suami disitu, rapat dan sudah sebati dengan keluarga suami atau saudara suami. (perkara ini adalah masih asing bagi seorang isteri kedua), namun., Kelebihan Isteri kedua: (Soal Hati) : Adalah 'cinta dan perasaan 'baru seorang lelaki dan juga harapan baru seorang lelaki yang mana jika harapannya ini benar, maka ia semakin mencintai isteri kedua. Isteri kedua dicintai di atas DIRInya, manakala isteri pertama tadi telah dicintai secara bercampur ( dengan anak2, Rumah lama, harta, jiran2 atau suasana asal). Sebenarnya isteri kedua lebih hebat kerana berjuang dengan satu senjata, manakala isteri kedua tidak perlu angkuh kerana sebenarnya mereka berjuang dengan banyak senjata. walau pada zahirnya nampak lain, tetapi hakikatnya..... Oleh itu yang paling tepat ialah: Tanya Agama, apakah benar atau lebih baik aku bermadu atau tidak (Sememangnya adalah lebih baik) maka yakinlah bahawa itulah yang benar dan untuk Hamba Allah. Masing-masing telah dicintai dengan berbeza. Cuma masa, kebenaran dan kesabaran yang akan menjadikan rumahtangga itu berjaya: hayati surah : 'Al-Asr' Perihal dikutuk? Alhamdulillah, semakin dikutuk, semakin kita akan mendapat power, dosa-dosa kita akan beralih kepada pengutuk manakala pahala pengutuk akan mengalir kepada kita. Sampai masa orang yang dikutuk akan berada diatas atau menang. Insyaallah. Orang berpoligami: Biasanya lambat laun akan teguh aqidah islamnya iaitu mereka terselamat daripada ' tidak menolak hukum poligami' (yang akan membatalkan Islam jika hanya ditolak walau sebesar zarah iaitu (shak, dzon atau waham padanya). Manakala mereka yang lari atau tidak terlibat Poligami, biasanya akan terdedah kepada 'Anti Poligami' yang boleh memurtadkan dari agama islam. Itulah yang paling penting dan dahsyat sebenarnya. yang membuatkan mereka yang berpoligami akan bersyukur kerana berada didalam hal poligami. Pilihlah antara unsur yang membawa ke syurga atau neraka?

Friday 9 March 2012

Artikel Dr MAZA

Duka, gundah dan derita itu tidak diminta. Bahkan kita disuruh berlindung dengan Allah daripada semuanya. Namun, seperti mana penyakit, ia hadir ke dalam kehidupan seseorang melalui pelbagai jalan. Kita tidak mencari penyakit, tetapi jika ia datang juga, kita akan sabar dengan mengharapkan pahala dan keampunan Allah. Walaupun penyakit itu tidak digemari, tetapi betapa ramai insan yang menghampirkan diri kepada Allah kerana penyakit yang menimpanya. Lalu, dia akan berkata pada suatu hari “alangkah rahmatnya ujian kesakitan itu”. Duka dan derita itu lebih luas daripada sakit. Sakit merupakan salah satu sebab duka dan derita, tetapi betapa banyak duka dan derita yang tidak disebabkan penyakit. Duka dan derita boleh hinggap kepada insan yang sihat dan yang sakit. Terkena kepada yang miskin dan yang kaya. Menimpa yang bergelar hamba dan bergelar raja. Kadang-kala ia datang dengan bersebab. Kadang-kala seakan tidak tahu sebabnya. Kadang-kala kelihatan sebab itu sangat kerdil, tetapi derita di jiwa sangat besar. Pelik Ya, ini satu bab yang perlu dihayati dalam kehidupan. Ajaibnya makhluk yang bernama duka dan derita itu. Ia boleh datang dalam pelbagai rupa, muncul dalam pelbagai gaya. Menerjah ke dalam pelbagai dada dan jiwa. Kecil besar rasa derita dan duka itu kadang-kala tidak diukur dengan kadar sebabnya, tetapi dengan kadar perasaan mengenainya. Perasaan itu tidak dapat dikawal oleh insan, melainkan insan kembali kepada hakikat kehidupan dengan pergantungan kepada Allah. Sebab itu, apabila insan ditimpa musibah, dia disuruh kembali memahami hakikat dunia ini. Allah berfirman (maksudnya): “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda, jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat hidayah” (Surah al-Baqarah 155-157). Banyak musibah, apabila insan teliti, tidaklah sebesar mana. Jika pun besar, apabila diteliti hakikat kehidupan ini, lantas insan bergantung kembali kepada Allah, maka segalanya itu kerdil semata. Lalai Banyak hikmah di sebalik duka dan derita yang melanda kehidupan seseorang insan. Kadang-kala, hidup yang dipenuhi suka dan ceria semata telah melalaikan ramai manusia. Ingatannya kepada akhirat dan kehidupan yang hakiki antara tenggelam dan timbul. Mungkin juga menjadi kabur. Bukan kerana tidak tahu tentang hakikat sementaranya hidup ini, tetapi kerana terlalu dengan kemeriahan hidup, kehalusan perasaan tentang hakikat kehidupan dunia dan akhirat itu terhakis. Sebanyak mana pun ilmunya dalam agama, bukanlah menjamin hubungannya dengan Allah sentiasa kusyuk dan kudus. Tiba-tiba apabila duka dan derita hadir, insan mula memanggil Tuhan siang dan malam. Insan mula insaf bahawa inilah kehidupan yang sementara, lantas harapannya bergantung kepada Allah semata. Dia pu mengharapkan apa yang hilang di sini, diperolehi di sana. Betapa ramai kembali mencari akhirat apabila mereka merasai keperitan dunia ini. Betapa ramai yang mula mencintai syurga dan merindui pertemuan dengan Allah disebabkan derita dunia yang dilaluinya. Betapa ramai yang tidak sempat bercerita tentang keindahan syurgawi kerana disibukkan dengan kepalsuan duniawi, kembali menghayati perjalanan hidup yang hakiki disebabkan duka dan derita yang menimpa. Allah menceritakan tentang ucapan ahli syurga apabila mereka memasuki syurga kelak, mereka berkata (maksudnya): “dan mereka berkata: “Segala puji bagi Allah, yang telah menghilangkan perasaan dukacita dari kami; sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang Yang taat); Tuhan Yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal dengan limpah kurniaNya semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ, dan kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu”. (Surah Fatir, 34-35). Doa Insan apabila putus asa dengan segala jalan, jika masih ada dalam jiwanya iman, dia akan mencari tuhan. Betapa ramai yang mempelajari kemustajaban doa ketika dia dalam derita, sedangkan sebelum itu dia tidak pernah mempedulikannya. Cumanya, jika dia tidak dibimbing dengan ilmu yang sahih mengenai sunnah Nabi s.a.w, maka pelbagai unsur khurafat, doa rekaan, hadis palsu akan disambarnya dalam kekalutan mencari kemustajaban. Buku-buku doa banyak yang dimuatkan dengan maklumat yang tidak bersumber fakta yang sahih seperti cerita-cerita pelik yang tidak berasaskan riwayat yang benar. Namun, jika insan memiliki dalam fikirannya manhaj yang sahih dalam mengambil sumber agama, maka ketika dalam kesusahan itu dia akan mencari nas-nas al-Quran dan hadis yang sahih mengenai kemustajaban doa dan ungkapan-ungkapan yang meredhakan Tuhan al-Rahman. Justeru, ramaikan yang kembali memahami agama, menghayati sunnah Rasulullah s.a.w disebabkan ujian duka dan sengsara yang menimpa dirinya. Demikianlah kadang-kala duka dan derita membawa insan kepada ilmu dan amal. Antara yang diajar oleh Nabi s.a.w ialah seperti yang disebut oleh baginda dalam hadis: “Doa orang yang dalam kesusahan: “Ya Allah, rahmatMu yang daku harapkan. Jangan Dikau serahkanku kepada diriku walaupun sekelip mata. Baikilah untukku urusanku semuanya. Tiada yang diabdikan diri melaikan Engkau”. (Riwayat Abu Daud, bertaraf sahih). Lihat inti doa tersebut. Betapa indahnya apabila insan mengharapkan rahmat Tuhan, memohon Allah menguruskan dirinya sepenuhnya, sehingga agar tidak dibiarkan walaupun sekelip mata. Mohon dibaiki segala urusan. Allah! Alangkah indah penyerahan itu. Alangkah indah perdampingan itu. Alangkah terasa kehambaan diri seorang insan di hadapan kebesaran Tuhan. Tawakkal Tawakkal! Ramai yang boleh menyebutnya, bahkan menjadi hiasan di bibirnya. Namun, hakikat tawakkal iaitu pergantungan segala harapan hanya kepada Allah tidaklah mudah untuk dihayati. Ia memerlukan ketakwaan dan asuhan rabbani. Duka dan derita mampu mengasuh insan agar menyerahkan diri kepada Allah Yang Memiliki segala-galanya. Tawakkal adalah keajaiban. Ramai yang tidak dapat melihat keajaiban tawakkal kerana mereka tidak memiliki jiwa yang benar-benar bertawakkal. Walaupun mulut mungkin menyebut bergantung kepada Allah, namun jantung hatinya masih bergantung dan berharap kepada selain Allah. Tawakkal tidak menafikan usaha. Tetapi hati nurani yang bertawakkal tiada lain melainkan Allah sahaja pergantungannya. Usaha hanya sebab, Allah penentu segalanya. Apabila insan sampai ke peringkat yang indah itu, maka di situ terlaksananya firman Allah (maksudnya): “..sesiapa bertawakkal kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya” (Surah al-Talaq, 3). Duka dan derita mampu membawa insan yang beriman ke darjat yang kudus ini. Hapus Dosa Banyak dosa yang terhapus, darjat di sisi Allah diangkat kerana derita yang menimpa jiwa. Nabi s.a.w bersabda: “Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya, kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam riwayat lain “..kecuali Allah angkat dengan sebab itu darjat dan padamkan dosa”. Lihat, betapa jiwa yang redha itu tidak sia-sia. Bala tidak dicari, derita tidak ditempa, tetapi jika tetap datang, jiwa mukmin akan redha dengan Allah sehingga Allah memberikan ganjaran untuknya dan diangkat kedudukannya. Sesungguhnya keperluan insan tentang penghapusan dosa dan ketinggian darjat di sisi Allah lebih besar dari segala. Namun, dengan berpadukan perasaan dan mata yang terlalu duniawi, insan melupai hakikat kehidupan yang abadi. Padahal nikmat duniawi ini hanya beberapa bilangan hari, yang beransur pergi bersama usia yang meningkat bagi setiap ketika. Kita tidak menempa derita, tetapi derita boleh membawa bahagia selamanya. Dengan derita juga insan insaf, membetulkan yang silap, meneruskan saki perjalanan yang ada. Betapa ramai yang menjadi soleh kerana derita yang dilaluinya. Maka, demikianlah Nabi s.a.w minta supaya kita membetulkan sikap dalam menghadapi kerenah hidup. Sabda Nabi s.a.w: “Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin, setiap urusan mukmin adalah baik baginya, hal itu tidak dimiliki oleh siapapun, kecuali oleh seorang mukmin. Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur, dan itu baik untuknya. Apabila mendapat kesusahan dia bersabar, dan itu baik untuknya” (Riwayat Muslim).

Monday 5 March 2012

Cinta Suami Dan Redha Illahi

Letakkan cinta Allah di hati. Dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita. Sewaktu dia dalam pandangan mata kita, layanilah dia dengan sesempurna mungkin.Tatkala dia berada jauh dari kita, lepaskanlah dia dalam jagaan Allah s.w.t. Barulah hati kita tenang. Tanpa sebarang syak wasangka. Letakkan cinta Allah di hati dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita. Kerana dengan yang demikian, kita akan sedar, se'professional' dan sehebat manapun kita, kita tetap seorang isteri bila berada di hadapan suami. Dan keredhaan Allah berada bersama suami kita. Laksanakanlah tanggungjawab dengan baik demi mengharapkan cinta Allah. Letakkan cinta Allah di dalam hati, Sediakan bahagian hatimu hanya untukNya, yang Maha Pengasih, dan yang Maha Sempurna dan cinta suami hanya di genggaman tapak tangan kita kerana ketahuilah, bahawa cinta dan kasih suami, itu semua datang dari Allah.Itu adalah bukti kasih sayang Allah pada kita. Letakkan cinta Allah di dalam hati. Dan cinta suami di genggaman tapak tanganmu. Kerana suami hanya seorang insan biasa, punya kelemahan tersendiri. Bila cinta Allah memenuhi hati kita, kita tidak akan sesekali melayan suami dengan buruk kerana mengharapkan cinta Allah. Letakkan hanya cinta Allah di dalam hati, dan cinta suami di genggaman. Supaya andai kata dia pergi dulu, dia dapat kita lepaskan dengan mudah. kita redha dengan ketentuannya. Ketahuilah Allah itu sesungguhnya kekal dan akan sentiasa bersama kita.

Waktu Untuk Pulang

Kita Pernah Dilukai Dan Melukai.. Kita pernah “DILUKAI” dan mungkin pernah “MELUKAI” tapi kerana itu kita BELAJAR tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan. Kita pernah “DIBOHONGI” dan mungkin pernah “MEMBOHONGI”, tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN. Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar arti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..yaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik. Hidup adalah proses, Hidup adalah belajar. Tanpa ada batas umur, Tanpa ada kata tua JATUH, berdiri lagi KALAH, mencuba lagi GAGAL, bangkit lagi, Sehinggalah Allah memanggil: “Waktu untuk PULANG”

Sunday 4 March 2012

Poligami....

Orang lelaki bermadu, sama ada seorang, dua atau tiga orang isteri tanpa persetujuan isteri, atau isteri-isteri tua adalah satu perkara biasa. Andainya si isteri yang sedia ada merestui perkahwinan berikutnya, banyak masalah yang berlaku di kalangan mereka yang berpoligami akan selesai dengan sendirinya. Sifat tidak reda suami berkahwin lagi adalah punca utama timbulnya masalah di kalangan mereka yang berpoligami. Sifat tersebut adalah sifat semula jadi manusia kerana itulah mereka yang mempunyai isteri lebih daripada satu selalunya menghadapi masalah. Seorang suami apabila telah bernikah dengan seorang perempuan atau lebih daripada seorang, dia berkewajipan memberi nafkah terhadap isteri atau isteri-isteri yang dinikahi olehnya. Kewajipan tersebut adalah ‘‘kewajipan syarii’’ iaitu kewajipan ataupun tanggungjawab yang diwajibkan oleh syarak (undang-undang Islam) seperti yang tersebut jelas dalam al-Quran (al-Baqarah: 233), yang bermaksud, Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada ibu dengan cara yang makruf. Seseorang itu tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Perkataan ‘‘rezeki’’ yang dimaksudkan di sini ialah makanan secukupnya. ‘‘Pakaian’’ pula ialah baju ataupun penutup badan dan yang dimaksudkan dengan ‘‘makruf’’ itu ialah kebaikan sesuai dengan ketentuan agama, tidak berlebihan dan tidak pula berkurangan. Dalam surah at-Talaq: 6 pula Allah menyuruh agar para isteri itu ditempatkan di mana si suami tinggal menurut kemampuan, jangan menyusahkan mereka menyebabkan mereka susah hati. Andainya mereka iaitu isteri-isteri yang sudah ditalak itu sedang hamil, Allah menyuruh agar mereka diberi nafkah sehinggalah mereka bersalin. Dalam sebuah hadis riwayat daripada Muslim, dikatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah berkata ketika Hajjatu ‘I-wida, agar kaum lelaki itu takutkan Allah dalam urusan yang berkaitan dengan isteri, kerana sesungguhnya mereka telah mengambil mereka dengan kalimah Allah. Dan kamu telah menghalalkan kemaluan (kehormatan) mereka dengan kalimah Allah. Isteri-isteri tadi tidak boleh membawa masuk ke dalam rumah orang yang tidak disukai oleh suami. Andainya mereka melanggar perintah tersebut, pukullah mereka, tetapi jangan sampai melukai. Mereka berhak mendapatkan belanja dari kamu dan pakaian dengan cara yang makruf.Islam mewajibkan si suami memberi nafkah kepada isteri ataupun isteri-isteri dengan syarat tertentu iaitu pernikahan yang sah. Isteri menyerahkan diri kepada suami. Suami dapat menikmati darinya. Tidak menolak apabila diajak pindah ke tempat yang dikehendaki oleh suami. Kedua-duanya saling dapat menikmati hasil daripada hubungan mereka. Perempuan yang tidak dinikahi atau tidak sah nikahnya tidak wajib diberi nafkah. Ini adalah jelas, biarpun mereka telah bersekedudukan lama dan beranak-pinak. Isteri yang tidak mahu menyerahkan diri untuk disetubuhi, atau isteri enggan pindah ke tempat yang dikehendaki oleh suami, maka kewajipan suami adalah gugur. Walaupun demikian, isteri yang menderita sakit kuat yang menyebabkan terhalang pergaulan dengan suaminya, ia tetap wajib mendapat nafkah. Begitu juga halnya kalau si suami bertabiat ganas atau kasar atau terpotong kemaluannya atau dikebiri atau si suami sakit kuat menyebabkan dia tidak berupaya menggauli isteri ataupun di penjara kerana hutangnya atau kerana kejahatan jenayah yang dilakukan oleh suami. Nafkah Isteri yg menolak ajakan suami untuk bermesra tidak diwajibkan diberi nafkah. Isteri yg menyakiti hati suami dgn perkataan dan perbuatan tidak diwajibkan nafkah ke atasnya dan nafkah dihukumkan sebagai wajib ke atas suami pada isteri2nya kerana halal kemaluan isterinya untuk seorang bergelar suami maka wajiblah nafkah itu diberi secara adil. Sebaliknya isteri yang di penjara kerana kejahatan yang dilakukan olehnya, dia tidak berhak menerima nafkah. Begitu juga halnya dengan isteri yang keluar bekerja padahal si suami tidak membenarkannya, maka dia tidak berhak mendapat nafkah. Begitu juga halnya dengan isteri yang tidak mahu digauli oleh suaminya kerana sedang puasa sunat atau iktikaf sunat. Ini kerana isteri telah mengabaikan hak suaminya untuk menikmati dirinya. Andainya si isteri tinggal hidup serumah dengan suaminya, maka si suami wajib menanggung nafkahnya dan mengurus segala keperluan seperti makan, pakaian, pembantu rumah termasuk rawatannya. Dalam keadaan seperti ini, isteri tidak berhak meminta nafkah dalam jumlah tertentu selagi suami melaksanakan kewajipannya. Sekiranya si suami bakhil, tidak memberi nafkah kepada isterinya dengan cukup atau tidak memberi nafkah tanpa alasan-alasan yang benar lagi munasabah, maka isteri berhak menuntut jumlah nafkah tertentu baginya juga tanggungannya. Hakim boleh memutuskan jumlah nafkah yang berhak diterima oleh isteri. Suami mesti melaksanakannya apabila keterangan yang dijelaskan oleh isteri ternyata benar. Isteri pula berhak mengambil sebahagian daripada harta suami dengan cara yang baik, untuk keperluannya untuk memenuhi keperluan biarpun tanpa pengetahuan suami. Ini kerana suami telah melengah-lengahkan kewajipannya yang wajib dikeluarkan. Dalam sebuah hadis daripada Sayidatina Aishah, bahawa Hindun binti Utbah pernah bertanya, katanya, ‘‘Ya, Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan adalah orang yang kikir. Dia tidak mahu memberi nafkah kepadaku juga anakku, sehinggakan aku terpaksa mengambil daripadanya tanpa pengetahuannya. Rasulullah bersabda menyatakan, ambillah apa yang mencukupi bagimu, dan anakmu dengan cara yang baik–Maksud hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Selain mesti yang wajib dilaksanakan oleh suami yang bersifat kebendaan, suami juga wajib menghormati isterinya, bergaul dengan baik, wajar, bertimbang rasa dan bersikap menahan diri daripada melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan si isteri. Allah seperti yang tersebut dalam surah an-Nisa’:19 menyuruh agar suami bergaul dengan isteri-isteri dengan cara yang baik. Rasulullah menyatakan bahawa mukmin yang baik imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang sangat baik kepada isterinya. Suami mesti menjaga isteri dengan baik, memelihara daripada sesuatu yang boleh menodai kehormatannya, menjaga harga diri dan menjunjung kemuliaannya. Dengan berbuat demikian, juga dengan amalan-amalan lain yang perlu dilakukan menurut keperluan Syariah, rumah tangga akan bahagia membolehkan keharmonian berumah tangga terlaksana. Seperti yang saya jelaskan, sifat tidak memberi restu suami berpoligami adalah perkara biasa bagi seorang isteri. Walaupun demikian, apabila seseorang perempuan itu telah dikahwini oleh seseorang lelaki, maka adalah menjadi tanggungjawab si suami untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Memberi nafkah, kasih sayang, menghormatinya, memberi rawatan apabila sakit, menjaga kehormatannya dan sebagainya. Isteri yang dikahwini, sama ada seorang atau empat orang adalah amanah Allah, yang mesti dipelihara dengan adil. Semakin banyak isteri yang dinikahi, maka semakin banyaklah beban yang wajib ditanggung oleh suami. Tanggungjawab ini akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak. Andainya isteri teraniaya di dunia, tidak diberi haknya, isteri berkenaan akan menuntut di depan Allah dan Allah akan memberi haknya. Jangan kerana beristeri banyak seseorang lelaki itu menjadi muflis di akhirat, yang akhirnya dihumbankan dalam neraka jahanam. Nauzubillah....( Ya Allah...aku redha dgn suamiku...semoga Kau Permudahkan urusan dunia dan rezekinya agar ia mampu bertangungjawab padaku...bukan kerana aku ingin meminta2 hak aku tapi aku tak sanggup dia didakwa olehMu ya Allah di akhirat sana ) Sifat cemburu dan tamak isteri memang boleh menyebabkan si suami curi-curi jumpa isteri madunya, sama ada yang muda atau tua. Curi-curi jumpa di siang hari. Suami takut memberi nafkah atau berkunjung-bermalam di rumah isteri tadi menyebabkan madu tersebut teraniaya dan menanggung tekanan emosi. Isteri seperti ini lupa yang madunya adalah berhak, mempunyai status seumpamanya. Perkahwinan yang dilakukan adalah sah. Amalan sunah Rasulullah, yang tidak wajar dia memaksa atau menggesa suami agar menceraikannya. ( Sekadar perkongsian ilmu..Wallahualam...

Allah Ada Untuk Kita

·٠• ● Lindungi kesedihan dengan senyuman, meskipun di hati penuh kedukaan , kerana ketabahan menghadapi dugaan menunjukan kita mempunyai iman.. ● •٠·

Jgn kecewakan Rasulullah..

Seorang nabi mengangkat maruah seorang wanita dengan payah, suatu ketika dahulu apabila mereka itu dipandang jijik dan hina, tetapi lihatlah apa yang terjadi sekarang? Di mana letaknya maruah seorang wanita itu? Jatuh kembali di kaki bumi...