Assalamualaikum...Bismillahirahmanirahim...Pembuka Bicara

Semoga hati aku kukuh dan teguh dgn keimanan padaMu ya Allah.....bersihkanlah hatiku agar menjadi suci kerana hanya hati yg baik....aku mampu menjadi HambaMu yg baik

Sunday 25 March 2012

Isteri kedua atau isteri kelas kedua?

penerangan dari seorang yang berpengalaman... Status Isteri kedua? Sebenarnya isteri kedua ialah harus difahami terbahagi kepada 2 konsep yang berbeza, iaitu: 1. Status isteri yang menjadi kelas kedua bagi suami. 2. Status isteri yang dikahwini kali kedua. Bahawa keadaan ini adalah berbeza. Diantara perkara nikahi kali kedua oleh seseorang lelaki, tidak bermakna bahawa isteri keduanya adalah berstatus kelas kedua berbanding isteri nombor satu, kerana pengkelasan ini hanya wujud oleh suatu perasaan ataupun kecenderongan seseorang lelaki terhadap mana-mana isterinya. Isteri pertama boleh jadi juga akan berstatus kelas kedua berbanding isteri kedua yang mana situasi ini bukannya sedikit, malah ianya lebih banyak berbanding dengan isteri kedua Disuatu aspek biasanya isteri kedua sememangnya sering menjadi isteri kelas pertama kiranya: Isteri kedua tersebut mampu untuk menggoda hati suami dari segi teknik-tekniknya (yang halal), budi pekertinya, pergaulannya, menyejukkan hati suaminya, pandai memikat suami. Ketahuilah bahawa seorang suami itu mempunyai hati yang sensitif atau 'manja' yang sebenarnya memerlukan kepekaan seseorang isteri untuk memanipulasikan perkara tersebut. Namun kecenderungan yang mempunyai unsur biasanya akan mengubah seseorang lelaki iaitu; 1. Mungkin dipengaruhi oleh kasih sayangnya kepada anak-anak yang berada bersama isteri pertama. 2. Mungkin dipengaruhi oleh hartanya yang ada bersama isteri pertamanya. atau habitat lamanya (tempat tinggalnya yang asal). Yakni tidak semestinya dia lebih mencintai isteri pertama berbanding isteri kedua. Isteri kedua juga adalah insan 'baru' , tempat baru, habitat baru yang wujud didalam hidup seseorang lelaki, yang mana isteri kedua harus memahaminya kerana ia akan melibatkan jangkamasa yang lama (sekurang-kurangnya 2tahun) untuk menjadikan suasana kewujudan isteri 1 dan isteri 2 adalah sama. Jadi bersabarlah didalam tempoh ini. Oleh itu biasanya jika pasangan dapat pertahankan atau bersabar sehingga tempoh tersebut, biasanya mereka tidak akan menjadi masalah. Ingat, Seorang lelaki telah mempertaruhkan kisah silamnya, isterinya, anaknya serta hartanya dengan nekad mengahwini isteri kedua. Manakala jika isteri kedua tersebut seakan-akan tidak menghargainya (dengan mendatangkan masalah dan kebingungan kepadanya, maka inilah yang menjadi masalah kepada isteri kedua, yang akan dianggap isteri kelas B. Padahal sepatutnya tiada kelas atau beza di antara isteri 1 dengan 2. Yang mana masing-masing mempunyai kelebihan. Cuma tingkahlaku isteri yang diukur oleh suami yang menjadikan seseorang isteri adalah kelas kedua. atau isteri kedua dihatinya. Kelebihan Isteri: Isteri Pertama: Mempunyai banyak kisah silam, anak, harta suami disitu, jiran dan kawan suami disitu, rapat dan sudah sebati dengan keluarga suami atau saudara suami. (perkara ini adalah masih asing bagi seorang isteri kedua), namun., Kelebihan Isteri kedua: (Soal Hati) : Adalah 'cinta dan perasaan 'baru seorang lelaki dan juga harapan baru seorang lelaki yang mana jika harapannya ini benar, maka ia semakin mencintai isteri kedua. Isteri kedua dicintai di atas DIRInya, manakala isteri pertama tadi telah dicintai secara bercampur ( dengan anak2, Rumah lama, harta, jiran2 atau suasana asal). Sebenarnya isteri kedua lebih hebat kerana berjuang dengan satu senjata, manakala isteri kedua tidak perlu angkuh kerana sebenarnya mereka berjuang dengan banyak senjata. walau pada zahirnya nampak lain, tetapi hakikatnya..... Oleh itu yang paling tepat ialah: Tanya Agama, apakah benar atau lebih baik aku bermadu atau tidak (Sememangnya adalah lebih baik) maka yakinlah bahawa itulah yang benar dan untuk Hamba Allah. Masing-masing telah dicintai dengan berbeza. Cuma masa, kebenaran dan kesabaran yang akan menjadikan rumahtangga itu berjaya: hayati surah : 'Al-Asr' Perihal dikutuk? Alhamdulillah, semakin dikutuk, semakin kita akan mendapat power, dosa-dosa kita akan beralih kepada pengutuk manakala pahala pengutuk akan mengalir kepada kita. Sampai masa orang yang dikutuk akan berada diatas atau menang. Insyaallah. Orang berpoligami: Biasanya lambat laun akan teguh aqidah islamnya iaitu mereka terselamat daripada ' tidak menolak hukum poligami' (yang akan membatalkan Islam jika hanya ditolak walau sebesar zarah iaitu (shak, dzon atau waham padanya). Manakala mereka yang lari atau tidak terlibat Poligami, biasanya akan terdedah kepada 'Anti Poligami' yang boleh memurtadkan dari agama islam. Itulah yang paling penting dan dahsyat sebenarnya. yang membuatkan mereka yang berpoligami akan bersyukur kerana berada didalam hal poligami. Pilihlah antara unsur yang membawa ke syurga atau neraka?

Friday 9 March 2012

Artikel Dr MAZA

Duka, gundah dan derita itu tidak diminta. Bahkan kita disuruh berlindung dengan Allah daripada semuanya. Namun, seperti mana penyakit, ia hadir ke dalam kehidupan seseorang melalui pelbagai jalan. Kita tidak mencari penyakit, tetapi jika ia datang juga, kita akan sabar dengan mengharapkan pahala dan keampunan Allah. Walaupun penyakit itu tidak digemari, tetapi betapa ramai insan yang menghampirkan diri kepada Allah kerana penyakit yang menimpanya. Lalu, dia akan berkata pada suatu hari “alangkah rahmatnya ujian kesakitan itu”. Duka dan derita itu lebih luas daripada sakit. Sakit merupakan salah satu sebab duka dan derita, tetapi betapa banyak duka dan derita yang tidak disebabkan penyakit. Duka dan derita boleh hinggap kepada insan yang sihat dan yang sakit. Terkena kepada yang miskin dan yang kaya. Menimpa yang bergelar hamba dan bergelar raja. Kadang-kala ia datang dengan bersebab. Kadang-kala seakan tidak tahu sebabnya. Kadang-kala kelihatan sebab itu sangat kerdil, tetapi derita di jiwa sangat besar. Pelik Ya, ini satu bab yang perlu dihayati dalam kehidupan. Ajaibnya makhluk yang bernama duka dan derita itu. Ia boleh datang dalam pelbagai rupa, muncul dalam pelbagai gaya. Menerjah ke dalam pelbagai dada dan jiwa. Kecil besar rasa derita dan duka itu kadang-kala tidak diukur dengan kadar sebabnya, tetapi dengan kadar perasaan mengenainya. Perasaan itu tidak dapat dikawal oleh insan, melainkan insan kembali kepada hakikat kehidupan dengan pergantungan kepada Allah. Sebab itu, apabila insan ditimpa musibah, dia disuruh kembali memahami hakikat dunia ini. Allah berfirman (maksudnya): “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda, jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat hidayah” (Surah al-Baqarah 155-157). Banyak musibah, apabila insan teliti, tidaklah sebesar mana. Jika pun besar, apabila diteliti hakikat kehidupan ini, lantas insan bergantung kembali kepada Allah, maka segalanya itu kerdil semata. Lalai Banyak hikmah di sebalik duka dan derita yang melanda kehidupan seseorang insan. Kadang-kala, hidup yang dipenuhi suka dan ceria semata telah melalaikan ramai manusia. Ingatannya kepada akhirat dan kehidupan yang hakiki antara tenggelam dan timbul. Mungkin juga menjadi kabur. Bukan kerana tidak tahu tentang hakikat sementaranya hidup ini, tetapi kerana terlalu dengan kemeriahan hidup, kehalusan perasaan tentang hakikat kehidupan dunia dan akhirat itu terhakis. Sebanyak mana pun ilmunya dalam agama, bukanlah menjamin hubungannya dengan Allah sentiasa kusyuk dan kudus. Tiba-tiba apabila duka dan derita hadir, insan mula memanggil Tuhan siang dan malam. Insan mula insaf bahawa inilah kehidupan yang sementara, lantas harapannya bergantung kepada Allah semata. Dia pu mengharapkan apa yang hilang di sini, diperolehi di sana. Betapa ramai kembali mencari akhirat apabila mereka merasai keperitan dunia ini. Betapa ramai yang mula mencintai syurga dan merindui pertemuan dengan Allah disebabkan derita dunia yang dilaluinya. Betapa ramai yang tidak sempat bercerita tentang keindahan syurgawi kerana disibukkan dengan kepalsuan duniawi, kembali menghayati perjalanan hidup yang hakiki disebabkan duka dan derita yang menimpa. Allah menceritakan tentang ucapan ahli syurga apabila mereka memasuki syurga kelak, mereka berkata (maksudnya): “dan mereka berkata: “Segala puji bagi Allah, yang telah menghilangkan perasaan dukacita dari kami; sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang Yang taat); Tuhan Yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal dengan limpah kurniaNya semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ, dan kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu”. (Surah Fatir, 34-35). Doa Insan apabila putus asa dengan segala jalan, jika masih ada dalam jiwanya iman, dia akan mencari tuhan. Betapa ramai yang mempelajari kemustajaban doa ketika dia dalam derita, sedangkan sebelum itu dia tidak pernah mempedulikannya. Cumanya, jika dia tidak dibimbing dengan ilmu yang sahih mengenai sunnah Nabi s.a.w, maka pelbagai unsur khurafat, doa rekaan, hadis palsu akan disambarnya dalam kekalutan mencari kemustajaban. Buku-buku doa banyak yang dimuatkan dengan maklumat yang tidak bersumber fakta yang sahih seperti cerita-cerita pelik yang tidak berasaskan riwayat yang benar. Namun, jika insan memiliki dalam fikirannya manhaj yang sahih dalam mengambil sumber agama, maka ketika dalam kesusahan itu dia akan mencari nas-nas al-Quran dan hadis yang sahih mengenai kemustajaban doa dan ungkapan-ungkapan yang meredhakan Tuhan al-Rahman. Justeru, ramaikan yang kembali memahami agama, menghayati sunnah Rasulullah s.a.w disebabkan ujian duka dan sengsara yang menimpa dirinya. Demikianlah kadang-kala duka dan derita membawa insan kepada ilmu dan amal. Antara yang diajar oleh Nabi s.a.w ialah seperti yang disebut oleh baginda dalam hadis: “Doa orang yang dalam kesusahan: “Ya Allah, rahmatMu yang daku harapkan. Jangan Dikau serahkanku kepada diriku walaupun sekelip mata. Baikilah untukku urusanku semuanya. Tiada yang diabdikan diri melaikan Engkau”. (Riwayat Abu Daud, bertaraf sahih). Lihat inti doa tersebut. Betapa indahnya apabila insan mengharapkan rahmat Tuhan, memohon Allah menguruskan dirinya sepenuhnya, sehingga agar tidak dibiarkan walaupun sekelip mata. Mohon dibaiki segala urusan. Allah! Alangkah indah penyerahan itu. Alangkah indah perdampingan itu. Alangkah terasa kehambaan diri seorang insan di hadapan kebesaran Tuhan. Tawakkal Tawakkal! Ramai yang boleh menyebutnya, bahkan menjadi hiasan di bibirnya. Namun, hakikat tawakkal iaitu pergantungan segala harapan hanya kepada Allah tidaklah mudah untuk dihayati. Ia memerlukan ketakwaan dan asuhan rabbani. Duka dan derita mampu mengasuh insan agar menyerahkan diri kepada Allah Yang Memiliki segala-galanya. Tawakkal adalah keajaiban. Ramai yang tidak dapat melihat keajaiban tawakkal kerana mereka tidak memiliki jiwa yang benar-benar bertawakkal. Walaupun mulut mungkin menyebut bergantung kepada Allah, namun jantung hatinya masih bergantung dan berharap kepada selain Allah. Tawakkal tidak menafikan usaha. Tetapi hati nurani yang bertawakkal tiada lain melainkan Allah sahaja pergantungannya. Usaha hanya sebab, Allah penentu segalanya. Apabila insan sampai ke peringkat yang indah itu, maka di situ terlaksananya firman Allah (maksudnya): “..sesiapa bertawakkal kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya” (Surah al-Talaq, 3). Duka dan derita mampu membawa insan yang beriman ke darjat yang kudus ini. Hapus Dosa Banyak dosa yang terhapus, darjat di sisi Allah diangkat kerana derita yang menimpa jiwa. Nabi s.a.w bersabda: “Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya, kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam riwayat lain “..kecuali Allah angkat dengan sebab itu darjat dan padamkan dosa”. Lihat, betapa jiwa yang redha itu tidak sia-sia. Bala tidak dicari, derita tidak ditempa, tetapi jika tetap datang, jiwa mukmin akan redha dengan Allah sehingga Allah memberikan ganjaran untuknya dan diangkat kedudukannya. Sesungguhnya keperluan insan tentang penghapusan dosa dan ketinggian darjat di sisi Allah lebih besar dari segala. Namun, dengan berpadukan perasaan dan mata yang terlalu duniawi, insan melupai hakikat kehidupan yang abadi. Padahal nikmat duniawi ini hanya beberapa bilangan hari, yang beransur pergi bersama usia yang meningkat bagi setiap ketika. Kita tidak menempa derita, tetapi derita boleh membawa bahagia selamanya. Dengan derita juga insan insaf, membetulkan yang silap, meneruskan saki perjalanan yang ada. Betapa ramai yang menjadi soleh kerana derita yang dilaluinya. Maka, demikianlah Nabi s.a.w minta supaya kita membetulkan sikap dalam menghadapi kerenah hidup. Sabda Nabi s.a.w: “Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin, setiap urusan mukmin adalah baik baginya, hal itu tidak dimiliki oleh siapapun, kecuali oleh seorang mukmin. Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur, dan itu baik untuknya. Apabila mendapat kesusahan dia bersabar, dan itu baik untuknya” (Riwayat Muslim).

Monday 5 March 2012

Cinta Suami Dan Redha Illahi

Letakkan cinta Allah di hati. Dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita. Sewaktu dia dalam pandangan mata kita, layanilah dia dengan sesempurna mungkin.Tatkala dia berada jauh dari kita, lepaskanlah dia dalam jagaan Allah s.w.t. Barulah hati kita tenang. Tanpa sebarang syak wasangka. Letakkan cinta Allah di hati dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita. Kerana dengan yang demikian, kita akan sedar, se'professional' dan sehebat manapun kita, kita tetap seorang isteri bila berada di hadapan suami. Dan keredhaan Allah berada bersama suami kita. Laksanakanlah tanggungjawab dengan baik demi mengharapkan cinta Allah. Letakkan cinta Allah di dalam hati, Sediakan bahagian hatimu hanya untukNya, yang Maha Pengasih, dan yang Maha Sempurna dan cinta suami hanya di genggaman tapak tangan kita kerana ketahuilah, bahawa cinta dan kasih suami, itu semua datang dari Allah.Itu adalah bukti kasih sayang Allah pada kita. Letakkan cinta Allah di dalam hati. Dan cinta suami di genggaman tapak tanganmu. Kerana suami hanya seorang insan biasa, punya kelemahan tersendiri. Bila cinta Allah memenuhi hati kita, kita tidak akan sesekali melayan suami dengan buruk kerana mengharapkan cinta Allah. Letakkan hanya cinta Allah di dalam hati, dan cinta suami di genggaman. Supaya andai kata dia pergi dulu, dia dapat kita lepaskan dengan mudah. kita redha dengan ketentuannya. Ketahuilah Allah itu sesungguhnya kekal dan akan sentiasa bersama kita.

Waktu Untuk Pulang

Kita Pernah Dilukai Dan Melukai.. Kita pernah “DILUKAI” dan mungkin pernah “MELUKAI” tapi kerana itu kita BELAJAR tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan. Kita pernah “DIBOHONGI” dan mungkin pernah “MEMBOHONGI”, tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN. Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar arti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..yaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik. Hidup adalah proses, Hidup adalah belajar. Tanpa ada batas umur, Tanpa ada kata tua JATUH, berdiri lagi KALAH, mencuba lagi GAGAL, bangkit lagi, Sehinggalah Allah memanggil: “Waktu untuk PULANG”

Sunday 4 March 2012

Poligami....

Orang lelaki bermadu, sama ada seorang, dua atau tiga orang isteri tanpa persetujuan isteri, atau isteri-isteri tua adalah satu perkara biasa. Andainya si isteri yang sedia ada merestui perkahwinan berikutnya, banyak masalah yang berlaku di kalangan mereka yang berpoligami akan selesai dengan sendirinya. Sifat tidak reda suami berkahwin lagi adalah punca utama timbulnya masalah di kalangan mereka yang berpoligami. Sifat tersebut adalah sifat semula jadi manusia kerana itulah mereka yang mempunyai isteri lebih daripada satu selalunya menghadapi masalah. Seorang suami apabila telah bernikah dengan seorang perempuan atau lebih daripada seorang, dia berkewajipan memberi nafkah terhadap isteri atau isteri-isteri yang dinikahi olehnya. Kewajipan tersebut adalah ‘‘kewajipan syarii’’ iaitu kewajipan ataupun tanggungjawab yang diwajibkan oleh syarak (undang-undang Islam) seperti yang tersebut jelas dalam al-Quran (al-Baqarah: 233), yang bermaksud, Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada ibu dengan cara yang makruf. Seseorang itu tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Perkataan ‘‘rezeki’’ yang dimaksudkan di sini ialah makanan secukupnya. ‘‘Pakaian’’ pula ialah baju ataupun penutup badan dan yang dimaksudkan dengan ‘‘makruf’’ itu ialah kebaikan sesuai dengan ketentuan agama, tidak berlebihan dan tidak pula berkurangan. Dalam surah at-Talaq: 6 pula Allah menyuruh agar para isteri itu ditempatkan di mana si suami tinggal menurut kemampuan, jangan menyusahkan mereka menyebabkan mereka susah hati. Andainya mereka iaitu isteri-isteri yang sudah ditalak itu sedang hamil, Allah menyuruh agar mereka diberi nafkah sehinggalah mereka bersalin. Dalam sebuah hadis riwayat daripada Muslim, dikatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah berkata ketika Hajjatu ‘I-wida, agar kaum lelaki itu takutkan Allah dalam urusan yang berkaitan dengan isteri, kerana sesungguhnya mereka telah mengambil mereka dengan kalimah Allah. Dan kamu telah menghalalkan kemaluan (kehormatan) mereka dengan kalimah Allah. Isteri-isteri tadi tidak boleh membawa masuk ke dalam rumah orang yang tidak disukai oleh suami. Andainya mereka melanggar perintah tersebut, pukullah mereka, tetapi jangan sampai melukai. Mereka berhak mendapatkan belanja dari kamu dan pakaian dengan cara yang makruf.Islam mewajibkan si suami memberi nafkah kepada isteri ataupun isteri-isteri dengan syarat tertentu iaitu pernikahan yang sah. Isteri menyerahkan diri kepada suami. Suami dapat menikmati darinya. Tidak menolak apabila diajak pindah ke tempat yang dikehendaki oleh suami. Kedua-duanya saling dapat menikmati hasil daripada hubungan mereka. Perempuan yang tidak dinikahi atau tidak sah nikahnya tidak wajib diberi nafkah. Ini adalah jelas, biarpun mereka telah bersekedudukan lama dan beranak-pinak. Isteri yang tidak mahu menyerahkan diri untuk disetubuhi, atau isteri enggan pindah ke tempat yang dikehendaki oleh suami, maka kewajipan suami adalah gugur. Walaupun demikian, isteri yang menderita sakit kuat yang menyebabkan terhalang pergaulan dengan suaminya, ia tetap wajib mendapat nafkah. Begitu juga halnya kalau si suami bertabiat ganas atau kasar atau terpotong kemaluannya atau dikebiri atau si suami sakit kuat menyebabkan dia tidak berupaya menggauli isteri ataupun di penjara kerana hutangnya atau kerana kejahatan jenayah yang dilakukan oleh suami. Nafkah Isteri yg menolak ajakan suami untuk bermesra tidak diwajibkan diberi nafkah. Isteri yg menyakiti hati suami dgn perkataan dan perbuatan tidak diwajibkan nafkah ke atasnya dan nafkah dihukumkan sebagai wajib ke atas suami pada isteri2nya kerana halal kemaluan isterinya untuk seorang bergelar suami maka wajiblah nafkah itu diberi secara adil. Sebaliknya isteri yang di penjara kerana kejahatan yang dilakukan olehnya, dia tidak berhak menerima nafkah. Begitu juga halnya dengan isteri yang keluar bekerja padahal si suami tidak membenarkannya, maka dia tidak berhak mendapat nafkah. Begitu juga halnya dengan isteri yang tidak mahu digauli oleh suaminya kerana sedang puasa sunat atau iktikaf sunat. Ini kerana isteri telah mengabaikan hak suaminya untuk menikmati dirinya. Andainya si isteri tinggal hidup serumah dengan suaminya, maka si suami wajib menanggung nafkahnya dan mengurus segala keperluan seperti makan, pakaian, pembantu rumah termasuk rawatannya. Dalam keadaan seperti ini, isteri tidak berhak meminta nafkah dalam jumlah tertentu selagi suami melaksanakan kewajipannya. Sekiranya si suami bakhil, tidak memberi nafkah kepada isterinya dengan cukup atau tidak memberi nafkah tanpa alasan-alasan yang benar lagi munasabah, maka isteri berhak menuntut jumlah nafkah tertentu baginya juga tanggungannya. Hakim boleh memutuskan jumlah nafkah yang berhak diterima oleh isteri. Suami mesti melaksanakannya apabila keterangan yang dijelaskan oleh isteri ternyata benar. Isteri pula berhak mengambil sebahagian daripada harta suami dengan cara yang baik, untuk keperluannya untuk memenuhi keperluan biarpun tanpa pengetahuan suami. Ini kerana suami telah melengah-lengahkan kewajipannya yang wajib dikeluarkan. Dalam sebuah hadis daripada Sayidatina Aishah, bahawa Hindun binti Utbah pernah bertanya, katanya, ‘‘Ya, Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan adalah orang yang kikir. Dia tidak mahu memberi nafkah kepadaku juga anakku, sehinggakan aku terpaksa mengambil daripadanya tanpa pengetahuannya. Rasulullah bersabda menyatakan, ambillah apa yang mencukupi bagimu, dan anakmu dengan cara yang baik–Maksud hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Selain mesti yang wajib dilaksanakan oleh suami yang bersifat kebendaan, suami juga wajib menghormati isterinya, bergaul dengan baik, wajar, bertimbang rasa dan bersikap menahan diri daripada melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan si isteri. Allah seperti yang tersebut dalam surah an-Nisa’:19 menyuruh agar suami bergaul dengan isteri-isteri dengan cara yang baik. Rasulullah menyatakan bahawa mukmin yang baik imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang sangat baik kepada isterinya. Suami mesti menjaga isteri dengan baik, memelihara daripada sesuatu yang boleh menodai kehormatannya, menjaga harga diri dan menjunjung kemuliaannya. Dengan berbuat demikian, juga dengan amalan-amalan lain yang perlu dilakukan menurut keperluan Syariah, rumah tangga akan bahagia membolehkan keharmonian berumah tangga terlaksana. Seperti yang saya jelaskan, sifat tidak memberi restu suami berpoligami adalah perkara biasa bagi seorang isteri. Walaupun demikian, apabila seseorang perempuan itu telah dikahwini oleh seseorang lelaki, maka adalah menjadi tanggungjawab si suami untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Memberi nafkah, kasih sayang, menghormatinya, memberi rawatan apabila sakit, menjaga kehormatannya dan sebagainya. Isteri yang dikahwini, sama ada seorang atau empat orang adalah amanah Allah, yang mesti dipelihara dengan adil. Semakin banyak isteri yang dinikahi, maka semakin banyaklah beban yang wajib ditanggung oleh suami. Tanggungjawab ini akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak. Andainya isteri teraniaya di dunia, tidak diberi haknya, isteri berkenaan akan menuntut di depan Allah dan Allah akan memberi haknya. Jangan kerana beristeri banyak seseorang lelaki itu menjadi muflis di akhirat, yang akhirnya dihumbankan dalam neraka jahanam. Nauzubillah....( Ya Allah...aku redha dgn suamiku...semoga Kau Permudahkan urusan dunia dan rezekinya agar ia mampu bertangungjawab padaku...bukan kerana aku ingin meminta2 hak aku tapi aku tak sanggup dia didakwa olehMu ya Allah di akhirat sana ) Sifat cemburu dan tamak isteri memang boleh menyebabkan si suami curi-curi jumpa isteri madunya, sama ada yang muda atau tua. Curi-curi jumpa di siang hari. Suami takut memberi nafkah atau berkunjung-bermalam di rumah isteri tadi menyebabkan madu tersebut teraniaya dan menanggung tekanan emosi. Isteri seperti ini lupa yang madunya adalah berhak, mempunyai status seumpamanya. Perkahwinan yang dilakukan adalah sah. Amalan sunah Rasulullah, yang tidak wajar dia memaksa atau menggesa suami agar menceraikannya. ( Sekadar perkongsian ilmu..Wallahualam...

Allah Ada Untuk Kita

·٠• ● Lindungi kesedihan dengan senyuman, meskipun di hati penuh kedukaan , kerana ketabahan menghadapi dugaan menunjukan kita mempunyai iman.. ● •٠·

Jgn kecewakan Rasulullah..

Seorang nabi mengangkat maruah seorang wanita dengan payah, suatu ketika dahulu apabila mereka itu dipandang jijik dan hina, tetapi lihatlah apa yang terjadi sekarang? Di mana letaknya maruah seorang wanita itu? Jatuh kembali di kaki bumi...

Kita perlu berubah....

Daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Pada hari kiamat seorang hamba dibawa dan dicampakkan ke neraka sehinggalah ususnya terburai. Hamba itu ditanya, "Bukankah dahulu kamu menyuruh orang berbuat baik dan melarang orang melakukan kejahatan?" Hamba itu menjawab, "Aku menyuruh orang berbuat baik tetapi aku sendiri tidak melakukan kebaikan itu dan aku melarang orang melakukan kejahilan tetapi aku sendiri melakukan kejahilan itu". (HR Al Bukhari dan Muslim)

Syukurlah....

Rasulullah s.a.w. bersabda: Lihatlah kepada yang lebih rendah daripada kamu, jangan memandang yang berada di atas kerana perkara ini akan membuatkan kamu tidak mengingkari nikmat Allah yang dikurniakan kepada kalian. (HR Muslim) ‎"Pasangan kita adalah 'hadiah' daripada ALLAH, memang sudah ditakdirkan si dia untuk kita. Jadi, jikalau si dia ada sedikit kekurangan, cubalah menyempurnakan kekurangan itu, kita tidak perlu menyalahkan di antara satu sama lain. Hiduplah dalam rumahtangga yang aman dan bahagia selamanya.. Amin."

Friday 2 March 2012

Cintai Allah Pasti Cinta Suami Ada Untuk KIta

Apepun RAGAM n DUGAAN dlm rumah tangga itu......ketahuilah ianye hanye UJIAN kecil dr ALLAH kpd hambanye.................Ini krn, ALLAH nak uji kite samada kite lebihkan CINTA kite pd DIA atau lebihkan CINTA kpd pasangan kite....... Menidakkan TAKDIR ALLAH kpd kite itu, sudah terbukti yg CINTA kite pd pasangan mmg melebihi CINTA kite pd ALLAH.............................NAUZUBILLAH......

Redha Allah....Redha Suami

~ Apapun pangkat dan kelulusan seorang perempuan itu , setinggi mana pun dia belajar , dia wajib patuh kepada suaminya selepas Allah dan Rasul. Redha suami tiket ke syurga ;) ~

Thursday 1 March 2012

LUAHAN D PAGI JUMAAT

"JANGANLAH KAMU MENGHALALKAN YG HARAM DAN MENGHARAMKAN YG HALAL...SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK SUKA ORG2 YG MELAMPAUI BATAS. KDG2 KITA SERING BERTANYA..KNP HIDUP KITA BEGINI...HIDUP KITA BEGITU...SEDANGKAN KITA LUPA DAN ALPA..BYK SURUHAN2 ALLAH DALAM AK QURAN DAN SUNAH2 RASUL DALAM HADIS YG DIAMANAHKAN KPD KITA...KITA HANYA MEMANDANG DAN MEMBACA TANPA MENGAMALKAN "ORG2 YG SOMBONGADALAH ORG2 YG LUPA BAHAWA DUNIA INI MILIK ALLAH SEPENUHNYA. KITA HANYALAH KHALIFAH YG DIPERTANGGUNGJAWABKAN UTK MELAKUKAN AMANAH2 SEBAGAI HAMBANYA. INGAT IKRAR KITA DALAM RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN. KITA TIADA PILIHAN UTK MENGAMALKAN MANA YG KITA SUKA DALAM RUKUN2 INI...SEMUA HARUS DILAKUKAN DGN HARAPAN AKHIRAT KITA SELAMAT . MMG ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN DAN MAHA PENGASIH...NAMUN ALLAH TIDAK SUKA PADA HAMBANYA YG SOMBONG...SESUNGGUHNYA SETIAP YG TERJADI ADALAH URUSAN ALLAH. KITA HANYALAH MENGIKUT PERINTAH2NYA...SELEBIHNYA BIAR ALLAH YG TENTUKAN.... SYUKURLAH KITA DILAHIRKAN DALAM ISLAM...DAN BERTAMBAH SYUKUR JIKA KITA SENTIASA LAHIRKAN RASA ISLAM ITU DALAM HATI DAN JIWA... BERBALIKLAH PADA ALLAH....AZAB ALLAH SANGATLAH BESAR DAN BERAT PADA YG LALAI....YA ALLAH....INGATAN INI JUGA UTK AKU....SESUNGGUHNYA RAMAI HAMBAMU YG TAKUT PD KATA2 MANUSIA DARIPADA TAKUT PD KATA2 MU YA ALLAH.. P/S: JGN TANYA KNP HATI TIDAK TENANG JIKA ALLAH DILETAKKAN DI BELAKANG JGN TANYA KNP HIDUP TIDAK BERKAT JIKA SUNAH RASUL DI PANDANG SEPI KITA BAIK....BIAR ALLAH YG BALAS BKN MANUSIA....KERANA MANUSIA TAK MUNGKIN ADIL TAPI ALLAH MAHA ADIL DAN DUNIA INI SEMEMANGNYA TIDAK ADIL SBB TU ALLAH SEDIAKAN HARI PENGHITUNGAN UTK HAMBA2NYA YG LEKA DAN ALPA

Doakan Aku Wahai Malaikat

Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Kali ini MediaSerius ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah: 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.” . 2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’” . 3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.” . 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf) Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.” . 5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.” . 6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.” . 7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’” . 8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’” . 9. Orang yang membelanjakan harta (infak) Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ . 10. Orang yang sedang makan sahur Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.” . 11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.” . Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah…

Indahnya Bergelar Seorg Isteri

Rasulullah s.a.w bersabda: Isteri-isteri kalian termasuk dalam penghuni syurga yang subur dan penuh kasih sayang apabila sentiasa meminta keredaan suaminya, ketika suami sedang marah, dia datang menghampiri suami dan menghulurkan tangannya dan kemudian berkata: aku tidak tidur sebelum kamu berasa senang.

Putih Atau Hitam....Syurga Atau Neraka....

JANGAN kau SANGKA AKU yang sering meNEGURmu itu,, Adalah ORANG yang paling berTAQWA.. JANGAN kau FIKIR AKU yang sering meNASIHATImu itu,, Adalah MANUSIA yang tak diUJI.. JANGAN kau INGAT AKU yang tegas berAGAMA itu,, Adalah INSAN yang paling SEMPURNA.. HAKIKATnya, AKU meNEGURmu untuk mengINGATkan DIRIKU jua,, AKU meNASIHATImu untuk DIRIKU turut berJAGA-JAGA Dan,, AKU berTEGAS dalam HAL-HAL AGAMA kerana RISAUkan BAHANG API NERAKA.. AKU bukanlah MALAIKAT.. AKU juga seorang MANUSIA BIASA.. BerSANGKA BAIKlah, AKU sebenarnya mahu meMIMPINmu MASUK ke SYURGA bersama-sama.."

Ingatlah Wahai Teman...

" Boleh jadi kamu MEMBENCI SESUATU , padahal , IA AMAT BAIK BAGIMU , dan , boleh jadi pula kamu MENYUKAI SESUATU , padahal IA AMAT BURUK BAGIMU , ALLAH MENGETAHUI SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI . " ( Surah Al-Baqarah : 216 ) Ayat2 ini diturunkan kepada hamba Allah agar sentiasa berbalik pada Allah dgn setiap kejadian yg berlaku. Kdg2 kita merasakan penceraian terbaik pada kita di saat kita tidak redha dgn takdir kita dalam rumahtangga sedangkan mungkin yg kita tidak suka adalah yg terbaik utk kita.

Wednesday 29 February 2012

Kisah Buah Tembikai

Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itupulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut. Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu? Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.” Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Poligami Yang Indah....

Isteri yang baik dalam monogami belum tentu baik. Isteri yang baik dalam poligami ialah isteri yang telah terbukti kebaikannya. Isteri yang sayangkan suaminya dalam monogami mungkin sayangkan suaminya kerana suaminya. Tetapi isteri yang sayangkan suaminya dalam poligami menyayangi suaminya kerana Allah SWT. Poligami ialah pembongkar segala sifat-sifat mazmumah para isteri. Semasa bermadu, akan timbul sifat tidak redha, tidak sabar, tidak bertolak ansur, derhaka kepada suami, maki hamun, hasad dengki, tamak haloba, rebut harta, mengamuk dan lain-lain yang kita sangka tidak ada semasa sebelum berpoligami. Dalam mendidik isteri yang ramai dan supaya mereka lebih mudah menerima didikan kita, kita perlu jadi contoh dan kita perlu serius dengan Tuhan dan hukum-hakam agama. Barulah kita ada wibawa dan isteri-isteri kita mudah patuh dan akur akan kepimpinan kita kerana kita sama-sama ingin menuju kepada keredhaan Tuhan. Tidak ada ruang dalam poligami bagi suami yang ingkar dengan perintah Tuhan dan yang meringankan agama kerana tidak ada isteri yang akan hormat dan akan memberi ketaatan kepadanya.Disiplin perlu dalam berpoligami. Begitu juga cara hidup yang berperaturan dan berjadual. Poligami mendidik kita supaya berdisiplin dan berperaturan. Juga dalam menghadapi masalah dan tanggungjawab berpoligami yang lebih berat, suami akan banyak meminta tolong dan bergantung harap dengan Tuhan. Inilah satu sifat yang Allah sangat suka. Hati suami akan banyak mengadu, meminta bantuan dan merintih dengan Tuhan. Suami akan banyak mengingat Tuhan. Perkara ini juga berlaku kepada para isteri.Dalam hendak memujuk-mujuk hati dan mendidik perasaan, isteri akan juga banyak mengadu dan merintih dengan Tuhan.Berbahagialah para suami dan isteri yang hati mereka sentiasa bersama Tuhan.

Kesedihan Ini Adalah ujian Darinya ( Part 2 )

September 2004 - November 2007 - Kehidupan rumahtggaku seperti pantai yg sering dipukul ombak. Dengan sikap ex aku suka berjudi,hutang along...pukul isteri..aku hidup dlm ketakutan. Setiap ari maki hamun adalah makanan ku. Namun aku tidak pernah bermasam muka dgnnya. Setiap tanggungjawabku...aku tunaikan satu persatu. Tanggungjawab dia? Hanya memberi keperlan batin..itu je...sehinggalaah pada Mac 2007....hampir 4 jam aku dipukul,disepak...sehingga aku hanya mampu memohon agar Allah cabutkan nyawaku ketika itu...aku tak sanggup lagi... rayuanku tidak diendahkan...bertalu2 mukaku ditumbuk...badanku disepak....sehinggalah aku pengsan...dan bila sedar....semua brgnya telah dibawa keluar,termasuk duit dlm beg duitku sebyk rm650 juga diambilnya. Aku nekad...dgn keadaan yg lemah...aku gagahkan jua utk ke Balai Polis..dan aku ke GH utk melakukan pemeriksaan doktor. Aku nekad utk meminta pertukaran tempat kerja....biarlah sejarah hitamku berakhir. 2008 - Aku hidup bersendirian bersama 2 org anak2ku. Walaupun dipujuk rayu..cukuplah...aku tak mahu lagi meneruskan neraka dunia. Sehinggalah dia melafazkan cerai pada aku....namun disebabkan tidak bersaksi...aku menjadi mangsa diskriminasi undang2 syariah. Namun Alhamdulillah...aku berjaya juga mendapat kebebasan dr seorg lelaki yg tidak mempunyai hati manusia.

Kesedihan ini adalah Ujian DariNya...( Part 1 )

Tatkala aku bersendirian....setiap slaid hidupku bertandang di benakku.. Terlalu byk yg berlaku yg memberi pengajaran serta pengalaman kepadaku. Di zaman remaja...aku seorang yang agak takut utk berkawan dgn lelaki.. samatelah la aku bersekolah yg kesemua pelajarnya adalah perempuan. Rezeki dr Allah..aku ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Pasir Panjang. Pada mulanya aku agak keberatan kerana ingin meneruskan pengajian STPM aku namun peluang menjadi guru mmg cita2ku sejak kecil lagi. Di maktab inilah aku mengenali sikap2 lelaki, aku agak susah utk jatuh cinta, walaupun ade yg cuba memikat tapi aku lebih mengambil pendekatan cinta tak membawa keuntungan buatku. Aku lebih selesa bergelak tawa dgn kawan2 ppuan..seronoknya zaman di Maktab..hingga aku lupa ape itu cinta, 1997 - aku ditugaskan mengajar di Bandaraya Kuala Lumpur. Satu tempat yg agak takut utk aku jejaki dgn cerita2 yg entah apa2. Alhamdulillah...aku berjaya menjaga harga diriku sepjg berada di KL..mungkin faktor kawan2 yg menjadi sahabatku menjadikan hidup aku selamat dr anasir2 yg kurang elok. Setiap malam...aku belajar mengaji Quran bersama kakak yg sama2 menyewa di Jln Klang Lama. Sehinggalah pd awal tahun 2000...Allah telah menguji ku. Sahabatku Faridah....cuba memperkenalkan aku dgn seorg lelaki..Katanya semua sudah ada jodoh masing2 tapi aku tetap kesana ke mari dgn kawan ppuan. Jawapan aku senang saja...aku tidak mahu leka dgn keseronokkan bila bercinta. Pada malam nya. ada seorg lelaki menelefon aku...katanya ingin berkenalan...dalam hatiku...sgt marah pd Faridah kerana tidak amanah dgn janji aku agar tidak memberi sebarang nombor telefon aku pada mana2 lelaki. Aku tidak berminat utk berckp panjang dgn lelaki ini. dalam hati cuma ingin segera berjumpa dgn Faridah di sekolah dan bertanyakan knp langgar perjanjian. Dgn keras...faridah menafikan semua pertanyaan aku..dia masih berpegang pd janji2nya. Habis siapa lelaki itu? Episod aku bermula...setiap ari lelaki ini pasti menelefon aku pada jam 7.3o mlm. Dan aku sering memarahinya kerana aku mmg tidak suka diganggu di waktu begitu. Tiada istilah serik dalam dirinya. Hatiku dirayu,dipujuk akhirnya jiwa wanita aku tewas...aku mula menyukainya...dan akhirnya kami bersetuju utk bertemu. Di Jalan Tan Yew Lai bertemankan sahabat2 yg lain.aku beranikan diri utk bertemu lelaki yg menggelarkan dirinya "Khairul Anuar". Ya Allah...aku terkejut...kerana rupanya mmg tidak seperti yg aku bayangkan.. Aku terus lari menaiki kereta...meminta kawanku cepat pulang. Aku tak nak lelaki ini...aku tak suka lelaki ini...itu je yg bermain difikiran ku. Namun jiwa wanita ku yg agak lembut sering kalah dgn cerita2 yg berbaur simpati. "saya tau sy x handsome seperti lelaki lain sbb tu awak tak suka saya...saya gemuk,hitam,mana mngkin ppuan yg beergelar guru akan sukakan saya. Akhirnya dgn niat yg baik...aku terima lelaki ini..mmg betul...apa ade pada wajah yg penting hati budi. 2000-2004- kami bercinta....penuh dgn peristiwa tragis...aku disepak,ditendang,dimaki hamun namun aku tidak tau kuasa apa yg ada padanya sehingga aku tidak pernah terlintas utk meninggalkannya. Duit aku...semuanya kutaburkan padanya. Larangan keluargaku ku anggap itu hanyalah hasad dengki utk melihat aku bahagia. bahagia ape jika setiap ari di maki hamun,dipukul dan di sepak? Hilang akalkah wahai ASLIZA? Namun jodoh kami kuat....aku dinikahkan di Selangor berwalikan arwah ayahku. Dgn mas kahwin sebyk rm80 tanpa hantaran aku selamat diijabkabulkan. Bermula episod kehidupan Rumahtggaku....

Bantulah sesama kita dgn kelembutan...

Dari Abdullah bin Mas’ud radiyAllaahu anhu dia berkata: Rasulullah sallAllaahu ‘alaihi wasallam bersabda: أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِمَنْ يَحْرُمُ عَلَى النَّارِ أَوْ بِمَنْ تَحْرُمُ عَلَيْهِ النَّارُ عَلَى كُلِّ قَرِيبٍ هَيِّنٍ سَهْلٍ “Maukah kalian aku beritahu orang yang diharamkan atas neraka atau orang yang neraka diharamkan atasnya? Yaitu semua kerabat yang lemah lembut lagi memberikan kemudahan.” [HR. At-Tirmizi no. 2488 dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 2609] Sesungguhnya sesiapa yg memudahkan urusan seseorang dgn hati penuh keikhlasan,nescaya Allah akan memudahkan urusan kita di dunia seterusnya di akhirat. Namun harus diingat...pertolongan itu haruslah pertolongan pd jalan yg benar bukannya pertolongan ke arah kemaksiatan. Lemah lembut lah sesama kita kerana tiada satu keuntungan pun jika gunakan kekerasan namun lemah lembut itu juga harus kena pada tempatnya. Jika mempertahankan syariat Allah...kita perlu berkeras dan tegas.

Allah Maha Segalanya....Mintalah apa saja...

Firman Allah Taala: Wahai hamba-hambaKu, Aku telah haramkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku jadikan kezaliman itu juga haram ke atas kamu semua maka janganlah berlaku zalim sesama sendiri. Wahai hamba-hambaKu, semua kamu adalah sesat kecuali orang-orang yang mendapat petunjukKu, maka mintalah hidayah daripadaKu, nescaya akan Aku berikan. Wahai hamba-hambaKu, semua kamu adalah dalam kelaparan kecuali orang yang mendapat makanan daripadaKu, maka mintalah daripadaKu nescaya Aku berikan kepadamu. Wahai hamba-hambaKu, semua kamu adalah tidak berpakaian kecuali orang yang Aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah daripadaKu nescaya akan Aku berikan. Wahai hamba-hambaKu, kamu semua melakukan salah dan silap setiap masa dan Aku adalah pengampun dosa-dosa, maka pohonlah keampunan daripadaKu nescaya Aku akan ampunkan. (H.R. Muslim)

Malaikat Sentiasa Ada Bersamamu...

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir (majlis ilmu), apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia. Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya : "Dari mana kalian datang ?" Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu." Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?" Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga." Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?" Para Malaikat menjawab : "Belum pernah" Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?" Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan." Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?" Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu." Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?" Para Malaikat menjawab : "Belum pernah" Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?" Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu." Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan." Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka." Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka." (H.R. Bukhari dan Muslim)

Poligami: Manis itu madu...pahit itu hempedu

Wanita, sinonimnya apabila disentuh isu poligami kebanyakkan tidak 'senang duduk' mendengarkannya. Suami berkahwin satu lagi, isteri kedua, bermadu dan paling tepat sekali ialah poligami. Poligami beerti mengamalkan beristeri lebih daripada satu iaitu dua, tiga atau had maksimumnya ialah empat dalam satu masa. Namun, poligami bukan sesuatu yang boleh di anggap mudah bagi yang berhasrat untuk melakukan. Banyak syarat, prosedur dan perkara-perkara yang perlu diambil kira untuk mencapai poligami yang mengikut kehendak agama Islam. Allah swt berfirman : "Maka berkahwinlah (dengan) sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan-perempuan (lain) dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Surah al-Nisa' : 3) Antara sebab mengapa Islam mengharuskan poligami : 1. Lelaki atau suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya. 2. Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sabit membolehkan suami berkahwin lagi. 3. Menjadi pembela kepada kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah. 4. Menyelamatkan kaum wanita 'andalia' yang belum berpeluang mendirikan rumah tangga. Sebenarnya, 'madu' yang dianggap pahit bagi sesetengah wanita, boleh memberi kemanisan lebih daripada madu yang dimakan sebagai penawar. Apabila suami berhasrat untuk berkahwin lain, dan dia mampu berlaku adil dari segi material dan spiritual (ilmu agamanya), tidak layak sebenarnya kita sebagai isteri untuk menghalang hasrat tersebut. Seorang isteri haruslah mempunyai fikiran yang positif menerima kenyataan itu. Bukan mengamuk seperti harimau ganas, meraung seperti kucing hilang anak, malah paling teruk pergi berjumpa bomoh dengan sanggup menyekutukan Allah. Hingga melanggar batas-batas dan hilang pertimbangan. Tahukah anda andai seorang isteri redha, syurga itu telah menjadi milik anda. Cuba fikir sejenak, bukankah dengan adanya madu, hidup kita akan lebih baik. Sebagai contoh sebelum ini setiap hari seorang isteri perlu melayan suami, makan minumnya dan pakainya, nafkah dari segi zahir dan batin. Isnin hingga ke Isnin seterusnya, dan sampai bila-bila hingga akhir hayatnya. Namun, apabila dia mempunyai madu, bayangkan bukan setiap hari dia perlu melayan suaminya. Tugas-tugas sebelum ini menjadi ringan dan bolehlah isteri pertama berehat, sementara isteri kedua melunaskan tanggungjawab yang sama kepada suami. Begitu juga, apabila ada madu sekurang-kurangnya kita ada teman berbual, berkongsi rasa dan sahabat yang paling dipercayai selain suami. Banyak perkara sebenarnya dapat kita lakukan bersama madu andai kita ikhlas dan redha menerimanya. Terimalah dia seadanya dan anggaplah dia kiriman dari Allah iaitu bonus dalam mencari pahala untuk ke syurga. Tidak mahukah kita payung emas di sana kelak? Bagi wanita yang hatinya tegar untuk menerima hakikat suami berkahwin lain dan masih belum tidak mampu untuk menerima kenyataan suami berkahwin lain. Pujuklah hati dan motivasikan diri anda. Ingatlah firman Allah swt : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ianya baik untukmu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ianya buruk bagimu. Dan Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah : 216) Terimalah realiti dengan bersandar pada Allah swt. Bersangka baiklah pada Allah. Andai anda menerima ia sebagai ujian, ianya dapat menyucikan dosa anda. Andai anda menerimanya sebagai cabaran, ianya dapat mendidik diri anda menjadi wanita yang cekal dan tabah. Berbaliklah kepada ilmu Allah, jika anda faham hikmah disebaliknya yang bakal anda kecapi. Yang kedua, aktifkan fizikal dan mental anda. Memberi tumpuan kepada bacaan al-Quran dan hadis. Fahami ia hingga menjadi serasi dengan diri anda. Pastikan anda sentiada dalam keadaan aktif dan gembira. Kemas dan bersih menjadikan anda lebih bertambah mood dalam meneutralkan emosi anda. Yang akhir sekali, jika suami boleh membahagi cinta kepada isterinya yang lain, anda juga boleh berbuat demikian. Bukan bermaksud kepada lelaki lain tetapi kepada Allah, Rasul, ibu bapa dan anak-anak serta manusia seluruhnya. Cinta itu sifatnya universal. Apabila kita mengasihi makhluk lain, nescaya kita juga turut akan dikasihi. Walaubagaimanapun, sedarlah wahai isteri. Suami bukanlah hak milik kita semutlaknya. Saat akad dilafazkan, saat itu juga Allah telah meminjamkan suami kepada kita sebagai sumber menggapai redha Allah di dunia dan pahala untuk akhirat. Suami bukan segala-galanya pengakhiran hidup kita. Saat kita memejam mata nanti, dia tidak akan turut serta mengikut kita ke sana. Hanya amalan kita bersamanya yang akan dibawa bersama. Terimalah hakikat suami adalah hak mutlak Allah swt Tuhan yang Menciptakannya. Wallahualam.

Bukakanlah hatiku Utk HidayahMu

‎"Satu daripada azab Allah SWT kepada manusia ialah dikeraskan hati perut. Hasilnya, mungkin dia boleh menerima pelbagai ilmu, tetapi tidak akan dapat menerima hidayah. Sebabnya ialah hatinya telah dikeraskan, dikunci atau dicop. Sebagaimana kita letak surat di dalam sampul, bila sampul tersebut telah dicop untuk dihantar, ia tidak boleh lagi dibuka untuk dikeluarkan isinya atau dimasukkan bahan lain untuk menambah isi kandungannya. Demikianlah hati bila dicop, hidayah dari Allah SWT tidak akan dapat masuk lagi."

Tuesday 28 February 2012

Irama Cintaku....

Sucikanlah diri....

Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Ahmad dan lainnya dari Anas: "Seluruh kalian adalah pembuat salah dan dosa, dan orang yang berdosa yang paling baik adalah mereka yang sering bertaubat". WAHAI PARA MUSLIMAH...TAATILAH PERINTAH ALLAH, DAN INGATLAH KAMU AKAN JANJI2 ALLAH KEPADA SESIAPA YANG MEMEGANG KUKUH AGAMA SEPERTI MENGGENGGAM BARA API.. DAN INGATLAH KAMU AKAN AZAB2 ALLAH BAGI MEREKA YG INGKAR.... JADILAH KAMU SEPERTI SEBUTIR PERMATA YANG PENUH DENGAN SIFAT MALU (KERANA SEBUTIR PERMATA YANG TERSEMBUNYI PASTI MEMPUNYAI HARGA YG TINGGI...) WAHAI KAUM HAWA... JADIKANLAH DIRIMU SEBAHAGIAN DARI MEREKA YG BERTAQWA DAN SOLEHAH... WAHAI KAUM ADAM.. JAGALAH PANDANGAN KAMU DARI MELIHAT AURAT WANITA AJNABI YANG KELAK DAPAT MERUNTUHKAN TEMBOK KEIMANAN YANG KAU BINA *********************************

Berpesan dan Lakukan...

‎'Cara yang terbaik bagaimana untuk MENGAJAR atau BERKONGSI ilmu dengan insan yang lain ialah dengan cara AMALKAN dan SAMPAIKAN...'..

Mampukah Aku....

Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: "Bagaimanakan isteri yang terbaik?" Baginda menjawab, sabdanya: "Suaminya merasa senang apabila melihatnya, taat terhadap arahan suami dan tidak melawan sama ada dengan perbuatan atau perkataan." (HR An-Nasa'i)

Indahnya Ciptaan Allah Bergelar Wanita

Ciptaan ALLAH yang bernama.. WANITA..!! Malaikat menghadap Allah dan bertanya : "Ya Allah, mengapa memerlukan waktu untuk menciptakan wanita ini..?" Allah menjawab : "Apakah kamu memperhatikan seluruh keistimewaan dan seluruh sifat yang ada pada ciptaan-Ku ini? Ciptaan ini harus memiliki lebih dari 200 organ yang selalu bergerak agar bisa menjalankan semua tugasnya. Ciptaan ini kelak harus mampu melayani suaminya, menjaga harta keluarga dan menjadi ratu di rumah tinggalnya. Ciptaan ini kelak harus mampu membuat enak segala macam makanan yang dihidangkan. Dia harus kuat mengandung anak dan sanggup melahirkan berkali-kali. Dia harus memberikan cinta yang bisa menyembuhkan rasa sakit. Dia harus bisa melakukan segala sesuatu hanya dengan 2 tangannya." Malaikat terkejut dan berkata : "Hanya dengan 2 tangan… 2 tangan! ini adalah hal yang mustahil..." Allah terus melanjutkan ciptaan-Nya. lalu kepada malaikat, Allah berfirman : "Tunggulah sampai besok aku akan menyelesaikan semuanya. tunggulah sebentar! Ciptaan ini akan segera selesai. Dia ini akan selalu dekat dengan Aku. Dia bisa menyembuhkan dirinya saat jatuh sakit. Dia bisa bekerja sepanjang hari dan malam.." Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangnya, lalu bertanya kepada Allah : "Ya Allah, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut!" Allah menjawab : "Ya, sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi Aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak bisa menggambarkan sampai dimana kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar." Malaikat bertanya: "Apakah dia bisa berpikir?" Allah menjawab : "Tidak hanya berpikir, dia pandai mengambil hati dan pandai berbicara, dia bisa berdialog dan juga bisa berdebat." Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian bertanya kepada Allah :"Ya Allah mengapa pipinya ranum dan berkilau..?" Allah menjawab : "Pipi itu bukan semata ranum dan berkilau. Di situ tersimpan air mata dan di situ terletak banyak beban berat." Malaikat bertanya : "Kenapa mengalirkan air mata? Allah menjawab : "Air mata adalah satu-satunya cara melepaskan beban. Mengalirnya air mata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagian dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya.. #Subhanallah. Indahnya ciptaanNYA :')

Jangan Bersedih....

Kepada semua
sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji.. sedarilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan celaru fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda. Jangan Bersedih... Cinta Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan. Jangan Bersedih... Redha Dengan anugerah Allah membuat anda kaya di dunia. Jangan Bersedih... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas. Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan anda berbeza dengan orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri. Jangan Bersedih... Bila disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa. Jangan Bersedih... Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan. Jangan Bersedih... Kerana kesedihan anda akan membuat musuh anda gembira. Jangan Bersedih... Atas perilaku manusia terhadapmu tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah. Jangan Bersedih... Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya. Wahai hamba2 Allah, janganlah bersedih, dunia ini terlalu hina untuk ditangisi.

Buat Seorang Suami.....

ALLAH SWT BERFIRMAN MAKSUDNYA : "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Ar-Rum 30: 21)
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya : Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani) Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..

Aku Wanita Biasa

Permata Hatiku.....Anugerah Allah

Sucikanlah Hatiku

Hati yang gelap memang sukar menerima perkara yang suci

Ikhlaskan Hati

‎"Jika Hati Manusia Sejujur Buah Manggis, Pasti Hidup Manusia Akan Aman Kerana Buah Manggis Tidak Pernah Menipu Tentang Isi Di Dalamnya. Sebanyak Mana Tampok Di Belakang Buah Manggis Sebanyak Itulah Isinya. Jika Hati Manusia Sebersih Buah Manggis Pasti Dunia Ini Akan Tenteram Kerana Seburuk-Buruk Luaran Kulit Buah Manggis Tetapi Isi Di Dalamnya Sangat PUTIH dan BERSIH"

Ujian Itu Hadiah Dari Allah

Selalu orang cakap hidup bagaikan roda. Tak selalunya kita di atas. Mungkin esok lusa kita di bawah. Tapi adakah itu alasan untuk kita terus mengalah? Cuba fikirkan kembali ketika kita masih muda, mungkin semasa kita kanak-kanak? Bukankah hidup ini mudah dan seronok bagi kita? Semuanya adalah mungkin, boleh saja dilakukan jika ada kemahuan. Tapi dalam kita membesar, perkara-perkara yang dahulunya mudah belaka telah menjadi susah lagi menyusahkan. Kenapa ya? Mungkinkah kita telah dewasa dan mengetahui bahawa betapa susahnya untuk merealisasikan sesebuah perkara? Ujian untuk Menguji. Ujian dan dugaan yang menimpa, bukanlah sesuatu yang dapat kita ketahui sebelumnya ianya berlaku. Allah taala menguji hambaNya dengan ujian yang hambaNya boleh terima. Maka sabar dan senyumlah. Lain orang lain ujiannya. Allah taala takkan menguji hambaNya jika hambaNya itu tidak mampu. Maka jika kita terpilih untuk melalui ujian itu tempuhlah dengan penuh redha dan tawaduk. "Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya." (Hadis riwayat Muslim) Setiap perkara yang berlaku, baik buruk mahupun baik, ada hikmahnya. Andai kita gagal dalam ujian ini, mungkin ada hikmahnya. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita, lebih baik daripada perancangan manusia untuk diri sendiri. Namun, kita hidup dengan manusia. Terarah dengan jangkaan, harapan dan sangkaan manusia. Sedar atau tidak, kita terpaksa memenuhi semua tuntutan itu. Sehingga kita mungkin lupa yang kehendak Allah jauh melangkau segalanya. Sesungguhnya, jalan menuju syurga itu adalah dengan kesabaran. Sebab itu, Nabi telah bersabda : "Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang terbaik sesudah mereka, kemudian yang terbaik sesudah mereka. Seseorang diuji sesuai kadar agamanya. Jika agamanya kuat, ujiannya berat. Jika agamanya lemah, dia diuji sekadar agamanya. Ujian terus mendera hamba sampai membiarkannya berjalan di muka bumi tanpa menyandang sedikit pun dosa." Ya Allah, bila membacanya entah mengapa hati rasa berbunga-bunga. Para sahabat sahabiah dulu, mereka sangat risau bila diri diuji. Mungkin ada yang mahu diuji dan ada yang takut bila diuji. Namun dengan segenggam kepercayaan bahawa Allah tidak akan menguji hamba-Nya sesuatu yang hamba-Nya tidak mampu pikul. Dan ya, kehidupan sememangnya mengajar erti redha, sabar, tawakal, berharap pergantungan sepenuhnya kepada Allah dan bermacam-macam lagi. Banyak saja cara Allah nak didik kita. Nak tarbiyyah kita. Semoga Allah akan terus mendidik kita ketika iman masih menebal. Mudahan perasaan cinta kita kepada sang Khaliq akan semakin bertambah.

Tersenyumlah wahai Hati yg bersedih

Saturday 25 February 2012

Ketenangan Hati

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?” Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan. Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya. Dimensi kata, rasa dan tindakan Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8 Firman Allah lagi: “… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222. Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya. Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli! Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara: Rasa kehambaan. Rasa bertuhan. Memahami maksud takdir. Mendapat hikmah di sebalik ujian. Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Rasa kehambaan. Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah: “Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” At Taubah: 51 Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau. Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji. Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah: “…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156 Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini. Rasa bertuhan. Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan. Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!” Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Firman Allah: “Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” Al Baqarah. Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah: “Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu 4. Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya: Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis. Memahami maksud takdir Allah. Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita. Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik. Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya: “Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya” Surah Al Baqarah : 216 Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen¬deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.” Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan… mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu. Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu. Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: “Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.” Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!” Mendapat hikmah bila diuji. Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Ra¬sul¬ullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!” Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji. Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” (Surah al-Baqarah: 214) Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat. Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah. Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain. Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya. Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri!